• Education
    Discussions in this section include school infrastructure, scholarships, teaching/learning systems, teacher welfare, training, access to education in rural areas and other related topics.

    Penempatan graduan PISMP IPG


    Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia Dato Seri..Saya ingin mencadangkan agar graduan keluaran IPG diberi jaminan penempatan. Kami di IPG dilatih selama 5 tahun setengah hanya semata-mata untuk menjadi guru dan kelulusan kami pun hanya terhad dalam bidang pendidkan sahaja. Andai kami tidak ditempatkan di sekolah ke sektor mana lagi kami dapat berkhidmat? Perhatian Dato Seri dalam menyelesaikan isu ini amat kami hargai.

    Posted 4 years ago by Asyraf Azis
    Category : Education


    • 0

    • 0




    Kad Siswa.


    Penggunaan kad siswa hanya terhad kepada beberapa tempat sahaja. kurang memberi bantuan kepada pelajar IPT. tambahan pula pengeluaran kad siswa kurang memuaskan kerana tidak semua pelajar yang dapat. masih ramai yang tidak memperolehi kak siswa kerana seperti yang dimaklumkan kepada pelajar maklumat pelajar yang diambil adalah maklumat tidak up to date. cadangan jika mahu teruskan bantuan kad siswa adalah lebih baik hanya dengan menggunakan kad matrix pelajar yang sedia ada.

    Posted 4 years ago by DeMi MuNi
    Category : Education


    • 0

    • 0




    Menghapuskan yuran/ fi pentadbiran/ penyelenggaraan PTPTN


    Saya harap yuran/ fi pentadbiran/ penyelenggaraan PTPTN dapat dihapuskan. Sepatutnya pelajar hanya perlu bayar amount yg mereka pinjam sahaja. Jika nak adakan juga fi tersebut biarlah sekali sahaja dengan kadar yg munasabah.

    Posted 4 years ago by Abdullah
    Category : Education


    • 0

    • 1




    Penglibatan swasta dalam IPTA


    Harap ada kerjasama antara IPTA dengan sektor swasta atau GLC bagi meningkatkan taraf IPTA dari segi prasarana dan pengurusan yang kini kelihatan lapuk dan tidak mesra pelajar.Pada masa sama dapat mengurangkan kos dan beban kerajaan selaras dengan misi untuk mengurangkan defisit serta mengurangkan birokrasi awam.Mungkin ada mekanisme lain tapi harap pelaksanaan perkara pokok ini dapat dilaksana.

    Posted 4 years ago by hafizuddinamirhasim
    Category : Education


    • 0

    • 0




    MOHON KERAJAAN MEMPERCEPATKAN URUSAN PENEMPATAN DPLI GSTT


    ASSALAMUALAIKUM..MOHON SUPAYA KERAJAAN MEMPERCEPATKAN URUSAN PENEMPATAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) YANG TELAH TAMAT PENGAJIAN. HAL INI SELARAS DENGAN JANJI KERAJAAN SEBELUM INI. MOHON DIPERTIMBANGKAN DALAM BAJET 2014KEDUA; MOHON KERAJAAN MENAMBAH WAKTU PDP MATA PELAJARAN SEJARAH DARI 3 WAKTU KEPADA 5 WAKTU. HAL INI KERANA SUBJEK TERSEBUT MERUPAKAN SUBJEK WAJIB LULUS SPM.SEKIAN

    Posted 4 years ago by Mohd Faddli b Saad
    Category : Education


    • 1

    • 2




    BB1M (Bantuan Buku 1 Malaysia)


    Memohon agar BB1M diberikan bukan hanya setahun sekali tapi 2semester setahun supaya dpt membantu pelajar. Seperti yg dijanjikan PM sebelum pru13 BRIM kepada orang Bujang akan diberikan RM600 dan Buku hanya RM300 dan yang dapat BB1M tidak boleh mengambil BRIM, jadi saya cadangkan agar BB1M juga diberikan RM600 tetapi buat dua kali iaitu untuk 2 Semester,1 Semester RM300. Kerana secara jujurnya memang BB1M sedikit sebanyak membantu kami membeli buku yang kadang-kadang satu semester mencecah RM500

    Posted 4 years ago by Faiezah Lee Leng
    Category : Education


    • 2

    • 0




    Penstrukturan Subsidi Pendidikan dan Pendekatan Guna-Bayar


    Mohon agar yuran pengajian di IPTA di tingkatkan bagi wujudkan tekanan lebih tinggi terhadap keberkesanan sistem pendidikan tinggi negara. Pastikan subsidi pendidikan dijuruskan kepada penerima yang selayaknya. Paling utama PTPTN hendaklah beri pinjaman hanya kepada mereka yang memerlukan kemudahan berkenaan. Pada masa yang sama pedekatan melupuskan pinjaman PTPTN pelajar cemerlang harus dipertimbangkan kerana pengiktirafan bagi mereka boleh dilakukan melalui kaedah lain.

    Posted 4 years ago by Mohd Ridzuan bin Nordin
    Category : Education


    • 0

    • 0




    DISCOUNT PERKHIDMATAN BAS EXPRESS KEPADA PELAJAR IPTA/IPTS


    bantuan discount atau subsidi BAS EXPRESS dari kerajaan untuk pelaja IPT ini kerana tiket bas untuk bas express salah satu beban kepada pelajar hal ini jika kerajaan memberi subsidi bas express kepada pelajar IPT, mampu sedikit sebanyak mengurangkan beban pelajar IPT untuk menyara diri .contoh dari kedah ke johor dah rm70 harga tiket itu sahaja mampu sara makan untuk 4hari

    Posted 4 years ago by syafiq yusni
    Category : Education


    • 1

    • 0




    Kurangkan bebanan kerja sekolah pelajar sekolah dan kolej


    Patut tetapkan setiap murid paling maksimum dapat 2-3 sahaja kerja sekolah setiap hari. Patut adakan satu jadual contohnya hari isnin kerja sekolah bm dan bi, selasa kerja sekolah math dan sains dll. Dengan itu pelajar/ murid tidak la terbeban dengan kerja sekolah yg terlalu byk.

    Posted 4 years ago by Abdullah
    Category : Education


    • 0

    • 0




    pinjaman MARA perlu disediakan untuk pelajar IPTA


    saya berharap pihak tuan menyemak semula tentang pinjaman MARA.Bukan semua pelajar dapat kelas pertama untuk dapat biasisiwa PTPTN.kalau semua dapat kelas pertama macam x logik pulak.

    Posted 4 years ago by mat_sapik
    Category : Education


    • 0

    • 0




    sub_topic.php?cat=7&filter=recent&lang=en