• Rural Development
    Discussions in this section include infrastructure development for roads, electricity, water, phone, wireless access and other related topics.

    Pertingkatkan industri desa untuk menjana pendapatan rakyat


    YAB Perdana Menteri. Diharapkan industri desa untuk menjana pendapatan rakyat terutamanya di luar bandar dapat dipertingkatkan. Segala sokongan, kemudahan dan kepakaran perlu digunakan untuk meningkatkan lagi industri desa ini.

    Posted 4 years ago by MOHD RAFI BIN MOHD SHARIFF
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    Percepatkan pembangunan luar bandar dengan kadar segera


    Kita tahu yang masyarakat luar bandar ini sentiasa merasakan beban jika kemudahan terutama jalan raya tidak ada..dengan adanya kerajaan yg ada ini, mohon agar pembangunan luar bandar ini dipercepatkan dgn kadar segera..dan mana2 projek yg sedang dibina hendakalah sentiasa diselia untuk meyakinkan masyarakat luar bandar akan keprihatinan kerajaan.

    Posted 4 years ago by Fairuz Harun
    Category : Rural Development


    • 1

    • 0




    PEKAN BAHARU SUKAU, KINABATANGAN, SABAH


    Selaku penduduk luar bandar yang jauh ketinggalan dari pelbagai aspek pembangunan, kemudahan asas yang sempurna dan dari sudut ekonomi yang perpendapatan tinggi. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menyalurkan peruntukan dana khas untuk membangunkan Pekan Baharu Sukau semoga dengan wujudnya pekan ini akan memberi menafaat kepada rakyat hilir Kinabatangan dan memudahkan memasar hasil pertanian/perikanan.

    Posted 4 years ago by Azahari Rangon Al-Hajj
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    ladang sawit tanah terbiar


    Saya dan ayah saya telah memajukan 350 ekar ladang sawit di N.9. Seramai 50 keluarga desa telah mendapat faedah dividen. Dengan sokongan kerajaan, kami boleh meluaskan projek ke setiap negeri. ada beberapa idea untuk tarik lebih ramai belia desa untuk menyertai projek. Kami juga ada beberapa idea untuk membiayai kos pembangunan tanpa bergantung sepenuhnya ke atas pembayar cukai.

    Posted 4 years ago by azahari ramli
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    MENAMBAH PERUNTUKAN PEMBNGUNAN INFRA/EKONOMI UNTUK WAKIL RAKYAT (A.D.R


    Saya berpendapat kerjaan wajar mengkaji menambah peruntukan kepada ADR

    Posted 4 years ago by Azahari Rangon Al-Hajj
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    Menyediakan bekalan air yang bersih dan mencukupi bagi Wilayah Felda Segi Tiga Jengka


    Harap pihak kerajaan mendengar keluhan dan suara rakyat FELDA sekitar wilayah JENGKA dengan menyediakan bekalan air bersih di WILAYAH JENGKA dan menaik taraf sistem bekalan air kerana kami selalu dan sentiasa mengalami masalah ganguan air boleh dikatakan setiap hari akan terputus bekalan air lebih merumitkan apabila tiba musim perayaan dan kenduri kahwin. Bila diadukan kepada JBA,Masalah yang kami hadapi masih tidak dapat diselesaikan dari dulu hingga kini. Harap maklum.

    Posted 4 years ago by Miera AzMira
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    permohonan rmr


    Harap pihak kerajaan mengambil berat dan membantu kepada mereka yang memerlukan dan layak menerima bantuan. Permudahkan dan persenangkan kepada mereka yang memerlukan rumah seperti skim rumah mesra rakyat. Proses permohonan skim rmr mengambil masa yang lama dan rumit bagi penduduk pendalaman yang kurang pengetahuan.

    Posted 4 years ago by shanita
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    please increase the internet speed......


    The internet speed in Malaysia is so slow please increase it .Not only that ,the unifi is so expensive .so decrease the price for unifi.

    Posted 4 years ago by Keng Wang Wong
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    Internet di kawasan desa perlu d perluaskan.


    Ada kebnykan tempat didesa langsung tidak/susah tuk mendptkan signal...jadi kami minta pihak kerajaan memyediakan Bajet kpd pekara ni ...Idea :Menambah baikkan sistem yg sedia ada,terutama kawasan desa disebalik gunung-ganang yg luas...

    Posted 4 years ago by Bentayan
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    Peruntukan khusus bagi program homestay


    Program homestay di kawasan luar bandar adalah salah satu cara untuk membantu meningkatkan ekonomi penduduk2 luar bandar. Namun begitu, kebanyakan kawasan2 homestay di luar bandar berada dalam keadaan tidak selesa kerana kekurangan bajet. Oleh itu, sediakan satu bajet khusus bagi peningkatan program homestay di luar bandar dari segi fasiliti, aktiviti dan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong. Selain itu, pastikan program2 ini member pulangan semula kepada penduduk setempat.

    Posted 4 years ago by Alya Syaheera
    Category : Rural Development


    • 0

    • 0




    sub_topic.php?cat=5&filter=recent&lang=en