• Healthcare
    Discussions in this section include expansion of healthcare centres, providing home care, improving healthcare facilities and other related topics.

    Kembalikan semula Kelab PROSTAR dibawah jagaan Kementerian Kesihatan Malaysia.


    YAB Perdana Menteri - Kami merayu (Kelab PROSTAR Tuaran, Sabah) agar Kelab ini diletakan semula dibawah Kelolaan/Jagaan Kementerian Kesihatan seperti pada yang lalu..... Kami mengharapkan agar janganlah kelab PROSTAR ini dijadikan bahan politik bagi beberapa pihak dalam kementerian kesihatan sehingga mengakibatkan ramai mangsa diperingkat bawahan yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat sesuai dengan tujuan kewujudan Kelab PROSTAR ini.Terima Kasih Perdana Menteri yang kami sayangi....

    Posted 4 years ago by Albert Joseph
    Category : Healthcare


    • 0

    • 0




    Allocate funds to dispense original drugs vs. generic drugs


    Improve quality of medications by allocating more funds towards dispensing original drugs vs. generic drugs in Government hospitals.

    Posted 4 years ago by Suffian Muhili
    Category : Healthcare


    • 1

    • 0




    To attract urban rakyat participate in gym exercises


    To allow personal tax deduction for monthly gym subscription fee. To allow full claim capital expenditure or rebate by number of participant members to gym operator fot them to reduce monthly subscription fee.

    Posted 4 years ago by shahhar abdul rahman
    Category : Healthcare


    • 0

    • 0




    Tiada Penguatkuasaan Merokok Di Tempat Awam


    Salam YB DS Najib, Saya ingin mencadangkan supaya penguatkuasaan merokok di tempat awam lebih diperketatkan.Seperti yang umum tahu, merokok amatlah merugikan kesihatan kita semua, termasuklah penderitaan kanser paru-paru.Di sini saya ingin menegaskan bahawa yang tidak merokok juga turut terkena komplikasi-komplikasi tersebut malah 2x ganda penderitaan sebagai perokok pasif. Mohon perkara ini diketengahkan, kerana upaya pencegahan primer seperti ini adalah yang terbaik. 1 SIHAT 1 MALAYSIA ~tq~

    Posted 4 years ago by Abduh Munauwar
    Category : Healthcare


    • 2

    • 0




    Klinik 1Malaysia


    YAB Perdana Menteri. Diharapkan kerajaan dapat memperbanyakkan klinik 1Malaysia di dalam dan luar bandar kerana mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Galakkan syarikat-syarikat insurans menawarkan pakej insurans mampu milik kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam hal rawatan dan penjagaan kesihatan.

    Posted 4 years ago by MOHD RAFI BIN MOHD SHARIFF
    Category : Healthcare


    • 0

    • 0




    Perbenjaan Pesakit Kronik/Pencen Ilat


    YAB Dato Seri - Saya mencadangkan agar kadar Pencen Ilat PERKESO dinaikan, memandangkan faedah/bayaran bulanan yang diterima pesakit yang layak/ilat amat tidak mencukupi bagi setiap pesakit. Perbelanjaan setiap pesakit dibawah kategori kronik amatlah tinggi dalam usaha merawat penyakit secara jangka masa yang panjang. Selain dari itu pesakit perlu menyara hidup diri mereka sendiri dan juga ahli keluarga dibawah tanggungan mereka. Harap YAB Dato Seri dapat beri pertimbangan.

    Posted 4 years ago by Lim Kim Hoo
    Category : Healthcare


    • 0

    • 0




    Kempen Kesihatan


    Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Dipohon supaya Kementerian Kesihatan dapat membuat Kempen Kesihatan dari segi pemeriksaan kesihatan diadakan di semua jabatan kerajaan sebanyak dua ( 2 ) kali setahun terutama sekali bagi kakitangan beruniform.Kami memang sukar untuk ke Hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kerana BERKHIDMAT UNTUK NEGARA....

    Posted 4 years ago by Muhamad Azahari bin Muhamad Yasin
    Category : Healthcare


    • 1

    • 0




    lokasi hospital


    hapuskan Klinik 1 malaysia dan bina lebih banyak hospital pakar bagi mengelakkan kesesakan di hospital umum. Disamping itu ia dapat jimat kos tambang bagi pesakit dari ulu sungai

    Posted 4 years ago by kong
    Category : Healthcare


    • 0

    • 0




    membiayai kos rawatan Fertiliti (IVF dan sebagainya)


    saya cadangkan kerajaan membiayai kos rawatan Fertiliti (IVF dan sebagainya) kepada pasangan suami isteri berpendapatan rendah yg belum mempunyai anak , kerana kos terlalu mahal. Jika akaun 2 KWSP dibolehkan, tidak semua pasangan ada KWSP akaun 2. Ramai telah gunakan utk pembelian rumah.

    Posted 4 years ago by atina
    Category : Healthcare


    • 1

    • 0




    Biayai kos rawatan kesuburan / IVF kepada pasangan belum mempunyai anak


    saya cadangkan kerajaan membiayai kos rawatan alternatif kesuburan (IVF dan sebagainya) kepada pasangan suami isteri berpendapatan rendah yg belum mempunyai anak , kerana kos terlalu mahal. Tubuhkan satu organisasi untuk memantau/menapis/menguruskan permohonan pasangan.

    Posted 4 years ago by Ita
    Category : Healthcare


    • 1

    • 0




    sub_topic.php?cat=3&filter=recent&lang=en